Thursday 7 April 2011

Pengenalan PSS SAMBBST

               PSS SAM Bandar Baru Salak Tinggi telah mula beroperasi pada Januari 2005 di aras bawah blok pentadbiran. Pada peringkat awal seramai 500 orang pelajar yang mendaftar kemudian jumlah ini terus bertambah kepada 700 orang pelajar selepas kemasukan pelajar Tingkatan Satu pada pertengahan Januari 2005.

              Jumlah guru pada peringkat awal ialah seramai 26 orang dan jumlah ini bertambah kepada 39 orang, seorang kaunselor dan 2 orang staf sokongan pada akhir tahun 2005.

              Pelanggan PSS meningkat seiring dengan jumlah pelajar, guru dan kakitangannnya. Kini (2011) jumlah pelajar telah menjangkau 800 lebih,manakala guru telah meningkat kepada 68 orang dan staf sokongan 9 orang . Pengurusan dan pentadbiran sekolah diketuai oleh En.Mohd Latif B Sadli. Beliau dibantu oleh Pn.Maisharah Bt Mat Alim sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En.Mahadi Bin Bassin selaku Penolong Kanan HEM dan En.Zamri Bin Tujan sebagai Penolong Kanan Kokorikulum. Manakala pusat sumber diterajui oleh Pn.Misslizah Bt Ahmad Mokhtar sebagai Guru Perpustakaan dan Mediadengan dibantu oleh Pn.Noor Huda bt Settu sebagai Guru Perpustakaan, Pn. Norhidayah Bt Paadsebagai Guru Nilam.

             Program NILAM telah bermula ke tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.Bermula tahun 2009,
PSS SAMBBST telah memulakan sistem automasi





VISI PSS
      membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga sekolah

MISI PSS

  • menjadikan PSS sebagai agen penyebaran ilmu dan makluamt
  • menyediakan perkhidmatan yang kondusif dan perkhidmatan mesra pelanggan
  • menggalakkan dan mengamalkan penggunaan teknologi dan sumbermaklumat secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • memantapkan sistem oengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.


PIAGAM PELANGGAN PSS
  • memastikan semua pelanggan mendapat layanan yang memuaskan
  • mengintegrasikan penggunaan pss dalam kurikulum
  • membantu murid-murid ke arah kecemerlangan akademik dan intelek.
  • membentuk generasi yang gemar membaca dan menimba ilmu pengetahuan.
  • menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemahiran maklumat kepada para pelajar dan guru.


OBJEKTIF PSS
  • membantu meningkatakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
  • menggalakkan guru dan pelajar menggunakan bebagai kaedah dan media, kemudahan perkhidmatan pengajaran dan Pembelajaran supaya tidak terikat atau bergantung hanya kepada buku teks dan kapur sahaja.
  • menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu(inkuiri) supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengam minatnya
  • dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam menghasilkan,mengguna dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran
  • mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memberi peluang dan memenuhi keperluan-keperluan setiap individu murid dan guru yang berbeza-beza.

No comments:

Post a Comment